Ladang ternakan yang pada asalnya dibuka pada tahun 1939.Pada mulanya dikenali sebagai “Central Animal Husbandary Station” (CAHS) oleh Almarhum Tunku Abu Bakar (Kerabat Diraja Johor/ Doktor Veterinar yang Pertama dilatih di United Kingdom - tahun 1919).
Objektif asal penubuhan CAHS adalah untuk mengkaji pengurusan dan masalah kesihatan ternakan lembu dan kerbau.
Pada tahun 1963, Pusat Latihan Veterinar (VTC) ditubuhkan bagi memenuhi keperluan program latihan Jabatan Haiwan di hadapan pejabat
CAHS.
Pada tahun 1974, CAHS
dan VTC digabungkan menjadi INSTITUT HAIWAN KLUANG(IHK).Kemudian pada tahun 2008, sesuai dengan penjenamaan semula Jabatan Perkhidmatan Haiwan Malaysia kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia , Institut Haiwan Kluang juga telah ditukarkan nama kepada Institut Veterinar Malaysia(IVM) sehingga kini.
Peta kedudukan Institut Veterinar Malaysia
Institut Veterinar Malaysia ...kini
Gambar ihsan dari Dr Donny Yawah, 2012.
No comments:
Post a Comment